FOLLOW ME


Monday, 16 April 2012

ANWAR GEMBIRA DEMO MANSUH PTPTN CAPAI MATLAMAT???


Mereka cuba mencetus apa yang berlaku di Mesir, Dataran Tahrir. Berkampung di Dataran Merdeka.


Hari ini tamat sudah demo mansuh PTPTN dengan rasminya. Mereka yang berkhemah di Dataran Merdeka pun dah pulang ke rumah masing-masing. Modus operandi mereka kononnya nak lakukan seperti mana yang dilakukan di Dataran Tahrir di Mesir yang bermula pada 25hb January 2011 dan berakhir pada 11hb February 2011 di mana Presiden Hosni Mubarak akhirnya telah meletak jawatan gagal sama sekali. Matlamat mereka kononnya nak menawan Dataran Merdeka hingga 28hb April 2012 dari 14hb April 2012 gagal sama sekali. Mereka rasa sekiranya mereka berkampung dari 14hb April 2012 di Dataran Merdeka dan dirasakan anak muda Malaysia makin hari makin bertambah berkampung di Dataran Merdeka itu, maka momentum itu akan disambut pula dengan Bersih 3.0 maka akan berlaku fenomena yang serupa di Dataran Tahrir Mesir dan akhirnya mereka akan menumbangkan kerajaan Malaysia di jalanan meleset sama sekali. Mungkin ini lah matlamat Pakatan Haram dengan menggunakan mahasewel ini semua yang mereka fikir mereka boleh lakukan perkara yang sama atau mungkin mereka menghasut mahasiswa kononnya mereka adalah perintis revolution di Malaysia yang akan melihat YAB Perdana Menteri yang disayangi jutaan rakyat Malaysia ini meletak jawatan. Kalau setakat 1000 orang tu yang berkumpul anda hanya mewakili 0.000035 peratus jer. Jadi jangan lah nak bermimpi dengan demonstrasi yang anda mahasewel lakukan ini akan dapat keputusan seperti di Mesir atau Libya tu. Rakyat Malaysia berbudi bahasa, bersopan santun tidak akan menjatuhkan kerajaan yang telah banyak berjasa kepada mereka melalui jalanan. Rakyat Malaysia berpegang kepada budaya bangsa masing-masing yang mana kesemua budaya itu mengajar dan mendidik kita menjadi insan yang lebih baik. Yang hormat menghormati, beradab dan bersusila.
 
Modus operandi tajaan ala CIA yang dilakukan di Mesir ditiru oleh Mahasewel Pakatan Rakyat. Pemuda Mesir Berkampung Di Dataran Tahrir
Bayangkan kalau PTPTN dimansuhkan bagaimana adik-adik kita atau anak-anak kita nanti nak sambung belajar di IPTA dan IPTS? Siapa nak tanggung? Anwar nak tanggung? Nurul Izzah nak tanggung? Adam Adli nak tanggung? Kalau tak nak bayar balik pinjamnan PTPTN tu sekali pun belajar sungguh-sungguh lah dapat 3.5 above CGPA kan akan ditukar kepada biasiswa penuh? Tak payah bayar balik Pinjaman PTPTN tu. Bukan terpekik terlolong dijalanan, ponteng kelas dan malas belajar dan mengejar populariti murahan.  Nie nak tanya kalau dimansuhkan mereka yang sekarang ini sedang meminjam macam Adam Adli inilah yang tak payah bayar balik yer tak? Mereka yang dah bayar balik pinjaman tu tak bising pun korang yang belum habis belajar dan belum bayar balik dah melalak apa pasala? Adam Adli ini kalau dah malas dan dah pasti tak boleh tamatkan pengajian walhal 3-4 semesternya pinjaman telah diambil gi carik kerja bayar balik PTPTN tu. Siapa suruh ko tak nak belajar bila orang suruh belajar sibuk dengan benda-benda yang tak berfeadah buat diri ko demi keuntungan Anwar. Padan beriya-iya dia nie berdemo suruh mansuhkan PTPTN nie.

Demonstrasi Anak Muda Barisan Nasional di Klang Selangor pada tarikh yang sama Demo Mansuh PTPTN diadakan.
Demonstrasi Anak Muda Pakatan Rakyat yang kononnya Mahasiswa tetapi lebih kepada Mahasewel dalam usaha tawan Dataran Merdeka.

Demonstrasi Anak Muda Barisan Nasional di Ipoh Perak pada tarikh yang sama Demo Mansuh PTPTN diadakan.
Sedang Mahasewel ini berkumpul dan berdemo untuk mansuhkan PTPTN yang mana jumlah mereka hanya sekitar 1000 orang. Puluhan ribu anak muda Malaysia turut berkumpul menyatakan hasrat BN pilihan anak muda dan menzahirkan sokongan mereka kepada kerajaan Barisan Nasional di 2 tempat berasingan. Satu di Ipoh di kediaman rasmi Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan satu lagi Perhimpunan Waris Malaya di Klang. Lihat dan buat lah perbandingan secara jujur dan ikhlas gambar-gambar di bawah ini. Jelas dibuktikan bahawa masih ramai anak muda yang tidak mementingkan diri sendiri sahaja seperti mahasewel ini. Ramai lagi anak muda inginkan adik-adik mereka, anak-anak mereka turut diberi peluang seperti mereka untuk mengambil pinjaman PTPTN dan menyambung pelajaran di IPTA dan IPTS. Masih ramai anak muda perihatin dan inginkan adik-adik mereka dan anak-anak mereka mendapat peluang dan kebajikan yang sama yang telah diberikan kepada mereka malah mungkin lebih. Jadi jelas Barisan Nasional Pilihan anak muda dan mereka ini nanti akan memastikan kemenangan besar Barisan Nasional pada PRU 13 nanti. Hidup Anak muda Barisan Nasional!!!.

Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!