FOLLOW ME


Sunday, 23 September 2012

ANWAR: BELUM JADI PM DAH BOROS DAN BAZIR DUIT RAKYAT???


Anwar Ibrahim bersama Pakatan Rakyat dan Parti Keadilannya jelas menipu rakyat dengan angan-angan Mat Jenin dan keindahan langit dan bintang kononnya Kerajaan Barisan Nasional boros dan membazir serta kononnya menggunakan duit rakyat untuk kegunaan pribadi dan kepentingan tertentu pemimpin-pemimpin BN. Kononnya kalau dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat mereka ini kerajaan yang tidak akan menggunakan duit rakyat sesuka hati dan tidak akan boros. Tidak akan membazir kerana mereka akan menjaga hak rakyat sebaik-baiknya. Jelas terbukti Allah nak tunjuk sifat sebenar Anwar dan kuncu-kuncunya, belum jadi PM lagi dah bermewah-mewah dan membazir dengan menafikan hak rakyat.

Kalau benar Anwar berjiwa rakyat, mementingkan rakyat dari segala-galanya, dan kalau benar Pakatan Rakyat dan PKR memperjuangkan nasib rakyat. Nie MNK nak tanya semenjak keluar Sungai Buluh dulu berapa ramai keluarga miskin yang Anwar sendiri telah bantu dengan menggunakan kekayaan beliau demi kerana sifat kasih dan sayang kan rakyat dan bangsanya? Cuba bayangkan kos penerbangan jet pribadi ini kalau samada pinjam oleh kawan atau hak sendiri, duit minyak dan sewa tapak dan kegunaan landasan dan ruang udara semua sudah tentu mencecah puluhan ribu ringgit malah ratusan ribu ringgit mungkin dan cuba bayangkan betapa indah dan baiknya sekiranya duit tersebut di sedekahkan atau disumbangkan kepada rakyat-rakyat miskin di Permatang Pauh? Bukan itu ke sifat Pak Sheikh Anwar nie yang tak suka membazir, tak suka berlagak dalam apa juga hal beliau hanya memikirkan kesejahteraan rakyat dan apa yang terbaik untuk rakyat. Beliau akan melakukan apa saja demi memperjuangkan hak rakyat. Sekarang apa dah jadi? Apa sudah tiada rakyat miskin di Permatang Pauh? Hanya kerana demi keselesaan atau mungkin sifat hendak menunjuk-nunjuk Anwar, beliau sanggup membazirkan puluhan ribu malah ratusan ribu ringgit duit atau hak rakyat Permatang Pauh?


Bukankah beliau dipertanggung-jawabkan  dan diamanahkan oleh rakyat Permatang Pauh sewaktu memilih dan memberi undi kepada beliau selaku Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk membela dan memperjuangkan nasib mereka? Apa bukan itukah tugas dan tanggung-jawab seorang ahli Parlimen. Bukan bermewah-mewah dan membazir tanpa memberi pembelaan kepada rakyat. Inikah seseorang yang kita nak menjadi Perdana Menteri Malaysia? Belum apa-apa lagi dah nampak sifat boros dan suka membazir tanpa membela nasib rakyat bukan rakyat Malaysia rakyat kat Parlimen sendiri pun tak dibela inikan pula rakyat yang jauh dari kampung halaman beliau. Cakap jer lah Anwar ini. Cakap tak serupa bikin lah lu...... Baca Selanjutnya....



MNK: Jelas Anwar dan Pakatan Rakyat pembohong dan konon nak perjuangkan hak rakyat adalah untuk meraih undi semata-mata. Jom kita pakat tolak pakatan Rakyat. Khalid bagi pinjam ker atau sediakan ker macam Bus Mewah tuu? Adoi KG nie. Nak tanya sikit, Jual asset Selangor beli Jet yerr? 

Teringat pulak cerita Allahyarham Tan Sri P.Ramlee Tuan Penasihat.....Duo puloh lima percent tuan Penasihat..petikan dari cerita 3 Abdul...

Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!