FOLLOW ME


Tuesday 25 September 2012

VIDEO PEJABAT PENYELARAS BN DUN GOMBAK SETIA JADI PUSAT DUA KUMPULAN MAT REMPIT BERTEMBUNG!!!



Pada Ahad 23/09/2012 telah berlaku kekecohan dan suasana gamat dan riuh rendah di Pejabat Penyelaras BN DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad di Batu 8, Gombak. Ianya disebabkan selisih faham dua kumpulan mat rempit terbesar di Rantau Gombak yang tidak sehaluan. Kekecohan ini disebabkan kumpulan A (nama terpaksa dirahsiakan) yang dikepalai oleh Brader Edi Cigar dan sekumpulan lagi dikepalai oleh Chot Tempang yang Pro Datuk Said Anuar telah berselisih faham dan menjadi Pejabat Penyelaras BN DUN Gombak Setia tempat untuk " settle". Namun begitu keadaan jadi terkawal apabila Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad Penyelaras BN DUN Gombak Setia sendiri telah turun untuk settle kan perselisihan dua kumpulan terbesar di Rantau Gombak ini. Jom kita tonton Video kejadian yang sempak MNK rakam.


Hehehe... jangan marah ya dua kumpulan terbesar yang MNK maksudkan ini ialah penyokong Liverpool dan Penyokong Manchester United di Rantau Gombak ini. Memahami kehenedak dan citarasa anak muda dan belia kampung sekitar Rantau Gombak Setia ini maka Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad bersama Pemuda UMNO Cawangan-cawangan Rantau Gombak ini telah mengadakan program tayangan siaran langsung perlawanan EPL antara Manchester United vs Liverpool. Program ini bertujuan untuk menggalakan aktiviti sihat dikalangan pemuda dan belia rantau Gombak serta dilihat sebagai satu usaha Penyelaras BN DUN Gombak Setia menjadikan Pusat Khidmat beliau ini sebagai tempat berkumpul dan pusat aktiviti sihat sebegini anak-anak muda rantau. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan gejala rempit dikalangan mereka. Bayangkan tidak perlu lagi pergi jauh dari kawasan kampung untuk melihat perlawanan EPL di layar-layar big screen di kedai-kedai mamak yang mana terletak agak jauh dari rantau Gombak ini. Kini di Pejabat Penyelaras BN Dun Gombak Setia telah disediakan kemudahan untuk tengok bola di layar-layar big Screen sama macam di kedai-kedai mamak.

Minuman dan makan percuma juga turut disediakan kepada siapa sahaja yang datang menonton dan ianya terbuka kepada semua. Cuma makanan tidak lah sama seperti di kedai mamak, cuma di sediakan Mee Hun dan nasi lemak untuk 100 orang pertama. Minuman pula hanya kopi O dan teh O panas. Mungkin buat permulaan ini hanya sekitar 40 orang sahaja yang hadir tetapi MNK percaya usaha yang murni ini sekiranya berterusan makin lama makin ramai yang akan turut serta kerana memang ini minat anak-anak muda di rantau Gombak ini.

MNK difahamkan oleh Datuk Said Anuar sendiri, inisiatif bukan hanya sekadar menonton Perlawanan EPL sahaja ianya juga akan menayangkan perlawanan pasukan Malaysia, Badminton dan juga tayangan filem-filem terkini.  Syabas kepada Penyelaras BN DUN Gombak Setia serta barisan kepimpinan Pemuda UMNO Cawangan di Rantau Gombak ini atas usaha yang baik ini. Teruskan InsyaAllah anak muda akan kembali bersama UMNO dan Barisan Nasional.


Note MNK: Teringat pula MNK kisah Wayang Pacak dulu-dulu dikampung-kampung. Seniman Bujang Lapok heheheh

Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!