FOLLOW ME


Monday, 10 September 2012

VIDEO BUKAN AZMIN ALI YANG BELA RAKYAT GOMBAK TAPI....


Parti Pakatan Rakyat yang mentadbir dan memegang kuasa Kerajaan Negeri Selangor boleh kata macam-macam dan boleh menjanjikan langit dan bintang kepada rakyat tetapi janji dan kata-kata manis itu hanya merupakan pembohongan belaka. Kononnya kalau rakyat memberikan kepercayaan kepada mereka untuk menjadi kerajaan negeri atau kerajaan pusat mereka akan mentadbir dengan amanah dan akan memastikan rakyat akan benar-benar terbela. Tetapi itu semua janji manis sahaja untuk meraih undi dan menipu rakyat demi mendapatkan kuasa. Lepas dah ada kuasa seperti di Selangor ini apakah pembangunan dan pembelaan rakyat dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Haram Pakatan Rakyat ini?

Mungkin pembaca akan mengatakan MNK menulis tanpa bukti tapi jelas ini berlaku di DUN Gombak Setia di Kampung MNK sendiri iaitu Kampung Sg. Chinchin sewaktu Kampung MNK dan kampung-kampung berhampiran dilanda banjir yang naik hingga paras lutut dan ada yang ke aras pinggang, jelas yang turun ke padang untuk melawat semua kampung-kampung yang dilanda banjir tersebut tidak lain tidak bukan pemimpin Barisan Nasional Gombak, siapa lagi kalau bukan Penyelaras BN DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad. Beliau bukan sekadar turung padang melawat dan bertanya khabar malah memberi sumbangan wang ringgit dan barang-barang keperluan asas bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir.  Mana pergi Wakil-wakil kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat yang telah diberi mandat oleh Rakyat DUN Gombak Setia kepada mereka? Mana janji manis mu akan membela rakyat lebih baik dari Kerajaan Barisan Nasional sekiranya diberikan kepercayaan dan peluang? Mana gerak kerja dan janji kononnya mereka berjuang kearah negara Kebajikan sedangkan ketika ini, ketika rakyat dilanda musibah banjir ini rakyat amat memerlukan kebajikan dan pembelaan dari Kerajaan Negeri Selangor?

Tiada, hanya Kerajaan Barisan Nasional sahaja yang benar-benar memberikan kebajikan dan pembelaan kepada rakyat seperti apa yang dilakukan oleh Penyelaras BN DUN Gombak Setia  ini. Kalau tak percaya lihatlah VT ini? Kalau wakil kerajaan negeri Selangor pakatan Rakyat kata mereka turut memberi sumbangan dan membantu mana VT dan Video atau pun Gambarnya. Sudah pasti mereka tidak mampu untuk mengeluarkannya kerana jelas tiada. Kampung MNK, MNK tahu lah. Jadi nak tunggu apa lagi.. Jom kita kat ganti Pakatan Haram Selangor dengan Barisan Nasional.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN!!! PRU 13 SELANGOR MILIK BN.....INSYAALLAH!!!



Gombak!!! Gempur!!!


WAJIB BACA!!!