FOLLOW ME


Monday 17 September 2012

APAKAH AGENDA SEBENAR INGIN BAWA SINGAPURA MASUK MALAYSIA??

Adakah pengibaran bendera ini tanda bahawa pakatan pembangkang di Selangor bersedia bergabung dengan Singapura? Namun persoalannya kenapa hendak dibawa masuk Singapura ke Malaysia dan kenapa kena tunggu Pakatan Rakyat berkuasa di Malaysia. Kalau Singapura nak masuk balik dengan Malaysia boleh sahaja diadakan rundingan dengan Kerajaan yang sedia ada? Apa agenda sebenar dengan kemasukkan Singapura ke Malaysia ini sekiranya benar?

Dan bendera ala Singapura ini juga sedang dikibarkan di seluruh negeri Selangor.Baca Selanjutnya


Sudah pasti dengan kemasukkan Singapura ke Malaysia maka kerusi-kerusi Parlimen di Singapura yang sebanyak 87 kerusi tersebut akan turut dibawa masuk. Sudah pasti rakyat Singapura yang rata-rata rakyat import Cina dari Hong Kong dan China yang kaya raya yang membeli kewarganegaraan Singapura dengan jumlah beratus ribu SGD itu juga akan dibawa masuk bersama.

Dengan termasuknya Singapura kembali ke Malaysia DAP dan PAP akan secara automatik mempunyai kerusi deposit lebih kurang 81 kerusi parlimen yang mana itu lah jumlah kerusi parti PAP menang di parlimen dari 87 kerusi yang dipertandingkan untuk kerusi-kerusi parlimen di Singapura pada PRU ke 16 Singapura pada 7 May 2011.


Bayangkan PR rakyat dah ada 81 kerusi Parlimen deposit yang jumlah tersebut lebih kurang 1/4 daripada jumlah kerusi yang akan dipertandingkan untuk PRU di Malaysia sekiranya Malaysia digabungkan dengan Singapura. Di Malaysia kita ada 222 kerusi Parlimen campur dengan 81 kerusi Parlimen Singapura jumlah 309 jumlah keseluruhan.

Pada PRU 12 tempoh hari Pakatan Rakyat telah berjaya mendapatkan 75 kerusi Parlimeng kalau dicampur dengan 80 kerusi parlimen ini maka sampai bila bila mereka akan pasti mendapat majoriti mudah kerana mereka ada deposit 80 kerusi parlimen di Singapura melalui parti PAP.

Inilah sahaja cara bagaimana mana DAP untuk merampas kuasa dari tangan orang Melayu di Malaysia ini dan seterusnya dapat menukar negara Malaysia ini kepada negara Republik dengan kemasukkan semula Singapura ke Malaysia.

Bayangkanlah Singapura yang mempunyai 3.26 juta rakyat mengikut statistic pada bulan Jun 2011 yang mana lebih kurang 76% adalah berbangsa Cina dan hanya 13.8% berbangsa Melayu dan 9.2% bangsa lain ini. Maknanya lebih kurang 2.5 Juta rakyat Singapura berbangsa Cina juga turut masuk Malaysia menjadi rakyat Malaysia dan secara automatik akan menjadikan Bangsa Cina sebagai kaum majoriti di Malaysia ini.


Ekonomi pula, lebih ramai mereka yang sudah pasti  teramat kaya raya terutama jutawan dari Hong Kong dan Tanah Besar Cina yang menjadi warganegara express Singapura akan menjadi rakyat Malaysia-Singapura dan ini akan menyebabkan secara automatik lebih kuat cengkaman ekonomi oleh mereka. Maka apa akan jadi kepada orang Melayu yang minoriti di Malaysia-Singapura nanti?

Apa dah jadi dengan kaum minoriti Melayu di Singapura?

Nauzubillah. Ya-Allah jangan lah Engkau benarkan perkara ini berlaku di Tanah Barakah Malaysia ini. Kau Lindungi lah Tanahairku ini dan Kau Laknat dan kau Azab lah mereka yang cuba menghancurkan Tanahair ku ini.

Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!