Tahniah MNK ucapkan kepada Penyelaras BN DUN Gombak Setia Datuk Hj Said Anuar Said Ahmad bersama barisan kepimpinan BN DUN Gombak Setia bersama Jawatankuasa Penganjur Majlis sambutan Hari Raya dan Hari Kemerdekaan peringkat DUN Gombak Setia yang bertungkus lumus menjayakan program Sambutan Merdekaraya ini. Sungguh meriah dan sambutan yang amat memberangsangkan dari rakyat dan masyarakat setempat. Pertunjukan Bunga api juga merupakan satu kelainan yang jelas memberi satu kepuasan kepada para pengunjung disamping juadah yang pelbagai yang telah disediakan. Persembahan penyanyi live lagu-lagu raya juga menjadi salah satu daya penarik kepada para pengunjung. Kesimpulan perancang program sambutan raya kali ini jelas lebih baik dari tahun sudah dan jumlah kehadiran rakyat juga jelas meningkat dari tahun-tahun sudah. Tahniah dan Syabas sekali lagi.
Gombak!!! Gempur!!!