FOLLOW ME


Monday 24 September 2012

VIDEO PEMUDA UMNO SUNGAI CHINCHIN BIJAK DEKATI RAKYAT...


Pada tanggal 16/09/2012 anak-anak muda qariah Kampung Sungai Chinchin telah sepakat dan bergotong royong menganjurkan Program Rumah Terbuka Belia Kampung Sungai Chinchin 2012. Program ini yang bertujuan tidak lain tidak bukan untuk merapatkan kembali silaturrahim antara penduduk kampung dan juga antara yang muda dan yang tua walaupun perbezaan pegangan parti politik. Jelas apa yang cuba dibawa dan disampaikan oleh anak-anak muda ini melalui program rumah terbuka belia kampung ini ialah kematangan politik kepada abang-abang dan pakcik makcik serta ibu-ibu dan ayah-ayah mereka. Walaupun kita berbeza pegangan dan fahaman politik namun kita masih sebangsa dan seagama. Kita cuma berbeza tentang pemahaman kita dalam hal politik sahaja tetapi kita punyai banyak persamaan dan malah kita punyai ikatan tali persaudaraan. Rata-rata mereka yang duduk di Kampung Sungai Chinchin ini adalah saudara mara kebanyakkannya atau ada kena mengena sekiranya mereka anak jati Kampung Sungai Chinchin.

Namun begitu ikatan persaudaraan seagama yang pada asalnya di tekankan dan diserapkan oleh pengasas Kampung Sungai Chinchin ini iaitu Wali Allah Sheikh Muhammad Nur agak longgar malah bertukar menjadi renggang dan hampir tidak bertegur sapa hanya semenjak kemasukkan fahaman politik PKR dan DAP terhadap PAS di Kampung ini. Anak muda kampung sudah mula jauh dari Masjid yang dibina oleh Sheikh Muhammad Nur sendiri kerana tidak gemar dan meluat dengan sikap mempolitikkan institusi masjid itu. Sehinggakan soal pemilihan ahli jawatan kuasa masjid pun dah macam pilihanraya dan dipolitikan yang mana dulu di kampung ini ianya adalah hanya sukarela dan keputusan dicapai melalui  hasil perbincangan ibarat perbincangan anak beranak sahaja.


Namun begitu sejak kebelakangan ini hasil pendekatan berhemah yang dilakukan oleh para Pemuda UMNO Sungai Chinchin dan Persatuan Belia anak-anak muda sudah mula bersatu kembali dan kini harapan ialah agar golongan orang tua dan veteran di Sungai Chinchin ini pula boleh bersatu.

Tahniah MNK ucapkan kepada Sdr Sarmadan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sungai Chinchin dan barisan AJK Pemuda UMNO Sungai Chinchin dan juga para belia-belia Sungai Chinchin yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan program ini.

Kepada yang hadir pada program ini, kembalilah kepada seperti dulu-kala dan pada asalnya yang mana ketika itu hanya ada satu parti sahaja yang memayungi kita semua iaitu Parti UMNO. Kalau mana yang tak betul kita pakat perbaiki sama-sama. Anak-anak muda Sungai Chinchin sudah bersama...Abang-abang Pakcik Makcik bila lagi nak sedar dan kembali bersama????


Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!