FOLLOW ME


Sunday 9 September 2012

VIDEO MARI KENALI PENYELARAS BN PARLIMEN GOMBAK!



Nampak garang tapi.....
Mungkin ramai yang tidak mengetahui atau mengenali siapakah Penyelaras BN Parlimen Gombak. Ini kali pertama dalam sejarah politik Selangor dan Gombak khususnya dimana Penyelaras Parlimen BN Gombak dilantik dipertanggung-jawabkan kepada Ketua Pemuda
UMNO Bahagian iaitu Datuk Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin. Bukan calang-calang tanggung-jawab dan penghormatan diberikan kepada Ketua Sayap Pemuda ini dimana Penyelaras Parlimen ini ibarat seperti Ahli Parlimen lah. Di mana untuk mengimbangi tugas dan tanggung-jawab dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat di kawasan di mana Barisan Nasional tewas pada PRU ke 12 tempoh hari maka diwujudkan serta dilantik Penyelaras-penyelaras di peringkat pusat bagi mewakili kerajaan Barisan Nasional dalam melaksanakan dan memberi khidmat kepada rakyat di kawasan yang mana calon wakil rakyat dan calon ahli parlimen Barisan Nasional telah kalah sewaktu PRU ke 12 dulu. Jadi Penyelaras DUN ibarat wakil rakyat manakala Penyelaras Parlimen ibarat Ahli Parlimen.

Jadi dalam sejarah politik Gombak buat pertama kali Penyelaras Parlimen dilantik dari kalangan Ketua Pemuda UMNO Bahagian. Mungkin mengikut pengiraan Pemimpin no. 1 UMNO YAB PM, Datuk Megat Zulkarnain dilihat lebih mudah untuk mendekati golongan muda-mudi yang mana kalau mengikut kajian di Gombak ini  atau mana-mana kawasan yang BN kalah, golongan muda-mudi yang mana mereka yang diklasifikasikan  dibawah umur 40 tahun kebawah atau saluran  4 & 5 inilah merupakan faktor penentu kemenangan atau kekalahan calon yang bertanding dikawasan tersebut. Kini golongan Gen X dan Gen Y ini pula hampir mewakili 45-50 peratus jumlah pengundi keseluruhannya seperti di Gombak ini maka sudah pasti kejayaan calon-calon di Gombak dan di kebanyakkan kerusi bergantung dengan kejayaan calon menawan hati dan mendekati golongan-golongan ini. Sudah pasti dengan faktor umur yang tidak begitu jauh dan memandangkan Datuk Megat ini juga boleh tergolong dalam kumpulan yang sama iaitu masih lagi dalam Pemuda maka tidak menjadi masalah bagi beliau dalam memahami aspirasi golongan muda belia ini serta mudah didekati oleh golongan ini khususnya di dalam Parlimen Gombak. Latar belakang silat beliau yang begitu aktif dalam dunia persilatan dan berpersatuan dalam PESAKA memberikan kelebihan dan memudahkan beliau untuk masuk ke universiti-universiti pula atas nama persilatan dan mendekati mahasiswa dan mahasiswi pula yang juga tergolong dalam golongan penentu ini.

Jadi mari kita lihat VT ini untuk kita lebih mengenali beliau bagi mereka yang tidak berpeluang untuk duduk semeja bersantai dan minum-minum atau segan untuk menghampiri beliau sekiranya anda merupakan belia atau muda-mudi dalam Parlimen Gombak. Lepas tengok VT ini kalau terserempak tegur jer kerana beliau memang seorang yang mudah mesra dan mudah didekati. Nampak jer garang tapi .....dalam hati ada taman. Taman  sayang dan kasih kepada anak bangsa....

 


Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!