FOLLOW ME


Tuesday 25 September 2012

FILEM HINA RASULLULLAH APA ANWAR CAKAP???


“Tindak balas ganas terhadap filem yang menghina Islam, dia (Anwar) bersetuju bahawa terdapat satu ‘masalah dalam jiwa umat Islam..mudah marah dan emosi,” lapor Eddie Barnes, wartawan The Scotsman, media terbitan British, ketika menemu bual Anwar semasa Ketua Pembangkang itu melakukan lawatan ke United Kingdom baru-baru ini. 

Itu kata-kata Anwar tatkala jiwa umat Islam seluruh negara bergolak dan marak dengan api kemarahan kerana Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W dihina dengan begitu keji sekali oleh pihak Yahudi dan Barat dengan penerbitan filem dan karikatur Baginda. Bukan hanya di Malaysia malah di seluruh negara. Kenapa si Anwar ini boleh pulak dia kata umat Islam mudah marah? Ini ciri-ciri seorang pejuang Islam? Ini kah ciri-ciri yang kononnya ustaz PAS yang terencat tu kata Imam Mahdi? Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W di hina dengan begitu dahsyat sekali pun dia boleh kata macam takpa-takpa biarkan jangan melatah jangan mudah marah dan emosi. Jangan berdemo dan jangan kecoh-kecoh. Nak tunggu macam mana lagi baru umat Islam nak bangkit tunjukkan protes dan tuntut hak mereka yang mana jangan di ganggu Agama Islam ini seperti mana Islam tak menganggu agama-agama lain. Kenapa pihak Anwar dan sekutunya tidak melaungkan human rights of the majoriti Muslim? Bukan ini human right kepada 2.1 billion umat Islam dari jumlah 7 billion penduduk dunia ini untuk mengamalkan fahaman agama mereka dengan aman dan damai tanpa di ganggu dan dikeji oleh orang beragama lain?

Kalau pun Anwar yang terkenal dengan fahaman pluralisme dalam erti kata lain kesamaaan semua agama dan tiada agama yang lebih baik dari agama lain kalau mengikut pahaman pluralisme itu tadi, Anwar tetap patut membela agama Islam walaupun dia tidak berminat nak bela atas nama beliau sendiri penganut agama Islam beliau sendiri pemimpin parti politik beragama Islam tetapi beliau patut bela atas nama kesamaan setiap agama dan fahaman pluralisme beliau itu tadi. Islam juga ada hak yang sama dengan agama lain kan kalau mengikut fahaman beliau itu tadi.

Apakah ada tekanan pihak tertentu untuk Anwar mengeluarkan kata-kata begitu? Maklumlah PRU 13 dah dekat. Ramai pelabur dan rakan-rakan Anwar di luar negara nak bagi pakai duit macam tu jer tak payah bayar balik? Macam kawan sorang tu bagi pakai Jet macam bagi pinjam kereta jer tu. Yer lah nak bagi pakai untuk tabung perbelanjaan Pakatan Rakyat untuk kos PRU13 nanti. Takan nak bantai pulak geng-geng tu walau Rasullullah dihina. Nanti tak jadi kasi pakai nanti makin merudum lah nak jadi PM?


Maksudnya apa? Quran dah jelas mengatakan Nabi Muhamad Insan Mulia, Insan Mahsum Insan yang dipelihara kesucian dirinya oleh Allah. Hati hitamnya di bedah oleh Jibrail ketika peristiwa Isra Miraj dan banyak lagi ayat-ayat berkenaan Baginda. Apakah itu tidak cukup buat Anwar? Apakah filem Innocent of Muslim ini jelas bertentangan dengan apa yang diceritakan dalam Quran dan sengaja diterbitkan untuk menghina Baginda? Kenapa nak jual ayat Quran dengan harga yang murah? Kenapa tidak mahu bela Baginda hanya kerana takut rakan-rakan luar negara boikot? Tak bagi pakai percuma?

Ingatlah hari pembalasan di Padang Masyar. Jangan sampai Baginda tak mengaku kita sebagai umat nanti dan hilang dari mendapat syafaat Baginda. Ingatlah....


MNK Note: Tak tahu lah kalau nanti keluar cerita kata akhbar TheScotman tu pula memutar belitkan apa yang dia kata. Macam kes Majalah Asian WallStreetJournal dulu pasal lindung negara Isreal. Sokong Isreal tapi tak sokong Umat 2.1 Billion Umat Islam luahkan bantahan bela Rasullullah? Pelik bin Ajaib Pak Sheikh nie ler....

TQ MyMassa.

Gombak!!! Gempur!!!





WAJIB BACA!!!