FOLLOW ME


Monday 3 September 2012

AZMIN ALI TAK MAMPU TANDINGI.....


Jelas dengan paparan video dibawah ini membuktikan bahawa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Gombak Sdr. Azmin Ali jauh ketinggalan baik dari segi akhlak dan budi pekerti selaku seorang pemimpin. Perkara sebegini tidak mungkin dapat dilakonkan oleh beliau untuk menipu rakyat Gombak lagi. Kalau dulu mungkin beliau telah berjaya menipu rakyat Gombak hinggakan Gombak tumpas ke tangan Pakatan Rakyat pada PRU12. Tetapi sayang tempoh hampir 4 tahun yang telah diberikan oleh rakyat Gombak kepada beliau telah disia-siakan begitu sahaja tanpa membawa apa-apa pembangunan atau menabur apa-apa budi kepada rakyat Gombak. Sebaliknya beliau sibuk mengejar jawatan yang lebih tinggi dalam kerajaan negeri Selangor dan parti sehingga beliau berjaya menduduki kerusi Timbalan Presiden Parti Keadilan.  

Namun apa bakti yang telah dicurahkan kepada rakyat Gombak selaku Ahli Parlimen Gombak? Apakah beliau ada ambik tahu tentang permasalahan yang menimpa atau mengambil berat nasib anak-anak yatim, warga emas, OKU, ibu tunggal di Gombak ini, khususnya Gombak Setia? Atau pernah menziarahi mereka khususnya rumah-rumah anak yatim seperti yang dilakukan oleh Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin bersama Pemuda UMNO Bahagian Gombak ini? Kalau nak tahu program ini merupakan Program Tahunan dan pasti setiap kali Ramadhan Datuk Hj. Megat Zulkarnain bersama Pemudanya tidak akan melepaskan peluang untuk bersahur bersama-sama anak-anak yatim sekitar Gombak. Ini merupakan satu latihan untuk mendidik jati diri untuk dirinya dan juga pemuda-pemuda Gombak agar sentiasa menginsafi nasib anak bangsa yang kurang bernasib baik. 

MNK malas nak tulis panjang anda lihat lah sendiri apakah dibawah ini satu lakonan untuk menarik pengundi semata-mata atau ikhlas lahir dari kesedaran diri? Anak-anak yatim ini tidak boleh mengundi. Ibu bapa pun tiada untuk ditagih undi mereka. Tiada wartawan, tiada rakaman cameran mana-mana TV atau media masa hanya rakaman yang MNK lakukan sendiri. Jadi untuk apa program ini dilakukan kalau tidak akan mendapat apa apa pulangan seperti apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Namun begitu MNK paparkan disini untuk tatapan rakyat kerana rakyat perlu tahu sikap dan sifat Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak ini.  InsyaAllah walau rakyat tak tahu dan kita tidak akan mendapat apa-apa pulangan di dunia ini tetapi pasti Allah akan membalas kebaikkan yang ikhlas satu hari nanti kalau tidak didunia di akhirat nanti. Aminnn...

Gombak!!! Gempur!!!



WAJIB BACA!!!