FOLLOW ME


Thursday 13 September 2012

VIDEO PENYELARAS BN PARLIMEN GOMBAK BELASAH BUDAK TERSEBAR DI YOUTUBE!!!


Video ini pasti mengemparkan ramai pihak. Kenapa Penyelaras BN Parlimen Gombak yang merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak iaitu Datuk Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin mengamuk dan membelasah seorang pemuda di Pinggiran Batu Caves satu masa dahulu? Kalau bagi mereka yang tidak tahu cerita sebenarnya nanti MNK bagi keluar cerita yang sebenar disebalik kejadian ini. Namun begitu jom kita pakat tonton dulu aksi yang luar biasa Ketua Pemuda UMNO Gombak ini membelasah budak muda ini.

 


Kalau bagi mereka yang tidak mengenali Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak ini Datuk Hj. Megat Zulkarnain bin TanSri Omardin yang juga merupakan Penyelaras BN Parlimen Gombak mungkin akan terkejut melihat video ini namun begi mereka yang mengenali beliau tahu bahawa dunia persilatan merupakan satu dunia yang cukup sebati dengan beliau. Dah menjadi darah daging beliau bersilat ini. Beliau yang merupakan Pengerusi Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia cukup senonim dengan dunia persilatan tanahair kerana dalam masa yang sama beliau juga adalah Setiausaha Agung PESAKA Malaysia.

Video diatas merupakan demo yang secara sepontan diadakan oleh Datuk Megat Zulkarnain bersama beberapa Pemuda UMNO Gombak yang kebetulan turut hadir di program tersebut yang mana pemuda-pemuda tersebut juga merupakan anak-anak Lincah. Jadi pemuda yang beliau "belasah" itu adalah anak murid seperguruan atas tujuan demonstrasi silat. Bukan "belasah" betul-betul lebih kepada "separing" jer...hehehe


Kelmarin beliau baru selamat tiba dari Republik Korea kerana menghadiri "2012 UNESCO Chair International Conference "The Development of Youth through Sports Activities: Focusing on Traditional Sports & Games" at Chungju City, Republic of Korea selaku Vice President World Martial Arts Union WoMAU. Jelas beliau bukan hanya memperjuangkan bangsa dalam arena politik tetapi beliau turut memperjuangkan budaya bangsa iaitu persilatan ini bukan hanya ditanahair Malaysia bersama PESAKA dan Lincah Malaysia tetapi hingga ke persada dunia. Inilah satu contoh yang baik bagi Pemuda khususnya Pemuda UMNO Gombak untuk dicontohi. Apa kata-kata beliau sewaktu disana kepada rakan-rakan Pemuda Gombak melalui laman Facebook beliau?


Tahniah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak yang juga merupakan Penyelaras BN Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain bin TanSri Omardin atas perjuangan ini. Teruskanlah nescaya ramai Pemuda UMNO Gombak akan tetap berada dibelakang bersama berjuang dengan Ketua Pemuda mereka.

Gombak!!! Gempur!!!


Note MNK buat MNK sendiri dan anak muda bangsa: Jadi kepada kita ini apakah perjuangan kita sudah cukup hebat? Apakah kita sebagai anak muda telah melakukan apa-apa untuk bangsa, agama dan negara kita? Apakah yang kita perjuangkan dan apakah matlamat kita selaku anak muda bangsa di bumi tercinta kita Malaysia ini. Adakah kita mempertahankan kedaulatan negara?  Apakah kita hanya berani sewaktu kita ramai dan seronok merusuh sebab jumlah kita banyak? Apakah kita akan berani dan melakukan perkara yang sama bila kita berseorangan? Dimana kah letaknya jati diri kita sebagai anak muda Melayu? Fikir dan Renung-renungkan lah......

WAJIB BACA!!!