FOLLOW ME


Wednesday 12 September 2012

VIDEO: ARTIS ZIZIE EZETTE PULA KE GOMBAK... NAK IKUT JEJAK ABBY KER???


Kenapa Zizie Ezette ke Gombak? Apakah Zizie Ezette pun akan menjejaki Abby berceramah kehulu kehilir atas pentas ceramah PAS dan menimbulkan kontrovesi dengan menimbulkan hujah yang mengelirukan dan sensasi semata-mata ingin menagih kembali populariti yang telah lama menyepi? Tak mungkin kot sebab Zizie seorang artis yang bukan gila glamour dan terhegeh-hegeh nak cari publisiti murah. Lagi pun Zizie Ezette telah lama menyepi dari dunia hiburan dan artis ini setelah beliau bernikah dengan Bung Moktar. Ehh Bung Moktar ini bapa angkat UMNO Gombak kan?

Oh Zizie Ezette ke Gombak menemani suami tercinta yang menjadi salah sorang tertamu kehormat di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya UMNO Bahagian Gombak selaku Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan juga Bapa Angkat UMNO Gombak...padan ler..begitu anggun dan ayu Zizie Ezette malam tu..cukup sopan santun. Namun MNK bukan nak cerita pasal Zizie Ezette... tengok kat bawah ni...


Tiada arahan dikeluarkan untuk membawa keluar ahli jawatankuasa atau ahli-ahli cawangan baik wanita, pemuda dan puteri. Tiada bus disediakan untuk mengimport atau membawa keluar ahli-ahli seperti apa yang dilakukan oleh pihak Pakatan Rakyat untuk meramaikan program mereka. Cukup sekadar banner yang dipasang di beberapa kawasan sekitar Gombak memaklumkan kepada rakyat dan masyarakat Gombak tentang program ini dan di bawahnya tertera "Semua DiJemput Hadir". Tetapi walaupun begitu kehadiran rakyat dan masyarakat Gombak ke program Sambutan Hari Raya dan Hari Kemerdekaan UMNO Bahagian Gombak semalam begitu hebat. Penuh sesak ruang Laman Pengantin Taman Melawati dimana program ini dilaksanakan. Berduyun-duyun rakyat hadir walaupun pada awalnya hujan turun dengan agak lebat. Namun hujan yang lebat tersebut tidak mampu untuk menghalang rakyat Gombak untuk bersama beramah mesra dengan pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian Gombak sambil menikmat juadah yang disediakan.


Kesemua Kepimpinan tertinggi UMNO Bahagian Gombak dan sayap-sayap UMNO Bahagian Gombak hadir untuk beramah mesra bersama rakyat Gombak dan juga ahli-ahli UMNO yang hadir. Cuma Ketua Pemuda UMNO Bahagian iaitu Datuk Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin tidak hadir kerana beliau berada di Korean untuk menjalankan tanggung-jawab mewakili tanahair Malaysia ke persidangan 2012 UNESCO Chair International Conference "The Development of Youth through Sports Activities: Focusing on Traditional Sports & Games" at Chungju City, Republic of Korea. Namun begitu Naib Ketua Pemuda dan Barisan Exco dan Ketua-ketua Pemuda beliau tetap hadir untuk memeriahkan majlis dan mewakili Pemuda.


Program ini yang juga telah menjadikan platform untuk dikalangan ahli mahupun pemimpin beramah-mesra dan bermaaf-maafan antara satu sama lain bersesuaian dengan Semangat Hari Raya Adil Fitri. Baik yang muda mahupun yang tua bersalam-salaman mengucapkan selamat Hari Raya dan memohon maaf antara sama satu lain. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi ikatan persaudaraan dan kekeluargaan dikalangan ahli-ahli UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO Gombak itu sendiri. Politik-politik juga tetapi jangan kita terlalu mementingkan politik hingga kita hilang focus kepada matlamat dan objektif kita iaitu merampas kembali Parlimen dan ketiga-tiga DUN Gombak seterusnya menawan kembali Selangor bumi bertuah ini dari tangan Pakatan Rakyat.

Jelas rakyat sudah mula kembali bersama Barisan Nasional dan UMNO. Hari demi hari sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional dan UMNO meningkat dan menunjukkan peningkatan yang amat baik. Jadi jangan kita sia-siakan peluang ini dan kita kekalkan semangat dan momentum yang baik yang kita bina ini sehingga ke PRU-13 nanti. InsyaAllah UMNO Gombak Boleh!!!



Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!