Saudara / Saudari Muhammad Naguib Kaharudin,
Merdeka, Raya dan Rakyat - Perkembangan terkini dan blog untuk anda
Sejak sekian lama saya tidak berhubung dengan anda menggunakan format ini. Untuk pengetahuan semua, kebelakangan ini, saya sedikit sibuk kerana perlu menghadiri beberapa majlis rasmi seperti rumah terbuka, mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik dan menyiapkan laporan Belanjawan 2013.
Bagaimanapun saudara/i Muhammad Naguib Kaharudin, di sebalik jadual saya yang padat itu, saya akan cuba sedaya upaya untuk terus menulis mengenai perkembangan semasa dan akan menghantarnya sendiri ke email saudara/i.
Kebelakangan ini, jadual saya agak padat sejak Hari Kemerdekaan yang lalu sehinggalah perlu menghadiri beberapa jemputan rumah terbuka selain perlu menerima kunjungan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan banyak lagi perkara yang memerlukan perhatian segera daripada saya. Namun, seperti biasa, meluangkan masa untuk bermesra dengan rakyat akan sentiasa menjadi keutamaan saya tidak kira walau sesibuk mana sekali pun jadual saya.
Hari Merdeka mengingatkan saya tentang erti sebenar menjadi seorang rakyat Malaysia: menjadi seorang yang hidup di dalam sebuah masyarakat yang berbilang kaum.
Saya menyertai rakyat dalam menyambut Hari Raya di pelbagai rumah terbuka
Menerima kunjungan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di pejabat saya
Sebelum ini saya banyak meluangkan masa dengan mengemaskini blog serta melayari Facebook dan Twitter milik saya. Saya juga telah berkesempatan menyiarkan beberapa artikel di blog saya dan ia boleh dibaca seperti berikut:
- Membawa Semangat Malaysia ke Sukan Olimpik
http://1malaysia.com.my/my/blog/how-the-olympics-embody-the-malaysian-spirit/
- Pertumbuhan Malaysia Stabil Namun Pasti
http://1malaysia.com.my/my/blog/malaysias-steady-but-sure-growth/
- Sabah di Malaysia Situasi Sama-sama Menang
http://1malaysia.com.my/blog/sabah-in-malaysia-a-win-win-situation-2/
- 55 Tahun Pembangunan Melalui Perpaduan
http://1malaysia.com.my/blog/55-years-of-development-through-harmony/
Akhir sekali saya mengajak semua supaya terus mengikuti perkembangan semasa di laman Facebook dan Twitter saya serta layari laman blog saya di www.1Malaysia.com.my. Sudah pasti akan ada perkembangan terbaru serta berita baik yang akan saya umumkan melalui medium tersebut. Sokongan anda kepada saya untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri diharap dapat menjadikan negara ini terus maju dan kebajikan rakyatnya akan sentiasa terbela hingga ke generasi yang akan datang.
Najib Razak