FOLLOW ME


Sunday, 23 September 2012

MANA ANWAR DAPAT JET PRIBADI???


Pelbagai persoalan timbul kini apabila gambar-gambar Anwar bersama beberapa pemimpin Pakatan Rakyat menggunakan Jet Pribadi untuk berkempen tersebar di alam maya. Satu-satu kebenaran terungkai oleh bloggers-bloggers Pro-BN manakala blogger Pro Pakatan Haram terus diam membisu tidak tahu bagaimana nak spin dah tu sebab jelas gambar menunjukkan Anwar bersama pemimpin pakatan rakyat bermewah tahap melampau. Walhal dalam siri jelajah mereka mengutip derma kononnya sumbangan ikhlas untuk usaha mereka menawan Putrajaya.

Dia suruh rakyat berkorban atas nama jihad dan fisabillillah untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang zalim dan kononnya sebuah kerajaan yang mana pemimpin mereka suka bermewah dan membazir duit rakyat. Kini Allah buka hijab dan tunjukkan kebenaran siapa sebenarnya yang menipu rakyat menggunakan duit rakyat dan sedekah atau sumbangan rakyat untuk bermewah dan membazir? Kalau takde duit sampai mintak sedekah kat rakyat yang hadir dengar ceramah kenapa boleh mampu menggunakan jet pribadi? Tengok lah perbandingan gambar dibawah dimana seorang ini menteri penuh Kerajaan BN dan seorang lagi perasaan jadi Perdana Menteri dan kuncu-kuncunya perasaan nak jadi menteri bayangan Pakatan Rakyat.
  
MENTERI KABINET KERAJAAN BN DAH BERPENGGAL-PENGGAL NAIK KELAS EKONOMI JER...

BARU JADI AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT SEPENGGAL DAH PAKAT NAIK JET PRIBADI TUUU...


Tumpang tanya yang naik jet bersama Anwar tu semua bakal tersenarai dalam Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat ker? Belum jadi Menteri dah pakat guna jet pribadi yer...? Siapa punya Jet tu...Baca Selanjutnya....


Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!