FOLLOW ME


Sunday 2 September 2012

KHALID GAGAP DERHAKA PADA SULTAN KERANA BODEK ANWAR???


Apa yang nak dikecohkan apabila Sambutan Hari Kemerdekaan Negeri Selangor Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tidak menjemput Baginda Sultan Selangor sebaliknya menjemput Anwar? Siapakah Sultan dimata Pakatan Rakyat? Siapakah Sultan di mata DAP, PKR dan PAS? Bukankah mereka tak iktiraf Sultan dan mereka inginkan sebuah negara Republik? Kalau negara Republik, Sultan tidak wujud lagi. Raja-raja Melayu tidak wujud lagi dan akan dihapuskan. Kan Negara role model mereka ialah Singapuran dan ingin menjadikan Malaysia ini seperti Singapura. So negeri mana yang DAP paling ramai dan paling bermaharajalela kalau tidak Selangor?


Jadi Selangor lah akan bermula segala-galanya. Segala tindakan biadap mereka akan dimulakan di Selangor dan ini terbukti sekali lagi dengan tidak menjemput atau memaklumkan pihak Istana dan Baginda Sultan Selangor tentang majlis sambutan Hari Kemerdekaan ke 55 negara peringkat negeri Selangor kepada Baginda. Sepatutnya Baginda lah tonggak tertinggi Kerajaan Negeri Selangor menjadi tetamu kehormat dan memberi ucap tama selaku Sultan Negeri Selangor tetapi tidak, sebaliknya Kerajaan Negeri menjadikan Anwar selaku Tetamu Kehormat dan memberi ucapan. Pelik MNK kenapa budak penasihat ekonomi pula diberikan penghormatan sebegitu rupa? Apa Penasihat Ekonomi Negeri lebih besar dari Menteri Besar Selangor sendiri ataupun lebih dihormati dan lebih utama dari Sultan Selangor Sendiri?


Ohh Lupa kebetulan Si Anwar penasihat ekonomi Negeri Selangor ini juga perupakan orang paling "power" dalam Parti Keadilan dan Si Menteri Besar Khalid Gagap ini dari Parti Keadilan. Tindakan Khalid Gagap ini tidak lain tidak bukan nak bodek Anwar agar masih lagi memberi kepercayaan kepada Khalid Gagap untuk bertanding kerusi DUN sebagai calon Parti Keadilan,  masih lagi pilih beliau untuk menjadi Menteri Besar Pakatan Rakyat di Selangor. Bodek punya pasal Khalid Gagap sanggup derhaka dan ketepikan Sultan Selangor. Dah lah guna duit rakyat Selangor untuk menghadiahkan bus kepada khas untuk kempen kepada Anwar katanya? Baca Selanjutnya!!!

Tidak cukup dengan itu kini beliau sekali lagi membuktikan bukan hanya rakyat beliau sanggup pinggirkan dan ketepikan malah Sultan pun beliau sanggup. Pendek kata beliau sanggup lakukan apa sahaja untuk Anwar. Konon beliaulah paling setia dan paling sayang Anwar. Malah lebih hebat dari Azmin Ali.

Ini penting bagi Khalid untuk membuktikannya kerana lawannya bukan calang-calang orang. Azmin Ali yang juga sanggup lakukan apa sahaja untuk Anwar. Sanggup kongsi apa sahaja dengan Anwar. Apa Khalid sanggup? Jadi kerana perebutan jawatan, kekayaan dan kepentingan sendiri bukan hanya rakyat menjadi mangsa dan korban tetapi turut melibatkan Sultan.


Apakah kita masih lagi ingin mendiamkan diri dengan sikap kurang ajar pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Selangor ini? Kalau pemimpin kurang ajar, pengikut apa lagi lihat apa yang berlaku di malam sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka. Apakah pernah berlaku perkara sebegini sepanjang 55 tahun kita sambut kemerdekaan sebelum wujudnya Pakatan Haram ini? Tidak bukan. Inikah budaya anak bangsa dan negara kita yang ingin kita bawa dan sokong? Tentu Tidak jadi kuasa ditangan kita pada PRU13 nanti. Jom kita pakat tolak Pakatan Haram di Selangor ini.

Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!