FOLLOW ME


Tuesday, 4 September 2012

VIDEO MASIH RAMAI ANAK MUDA SOKONG BN.


Pakatan Rakyat dianggap masih gagal kerana walau pun berjaya merosakkan akhlak anak muda pada ambang Merdeka55 tempoh hari dengan berjaya melahirkan anak-anak muda yang tidak bermoral dan berakhlak yang sanggup berbogel dikhalayak ramai tanpa segan silu, masih ramai anak muda yang masih lagi berbudi pekerti mulia dan bersopan santun serta mengamalkan aktiviti dan budaya sihat. Bukan budaya LGBT (Lesbian  Gay Biseksual Transexsual) seperti yang diperjuangkan oleh Anwar bersama Ambiga.

Yang malangnya bukan anak-anak muda bangsa yang berpeleseran dan tidak berpelajaran. Bukan Mat-mat rempit yang jadi target Pakatan Rakyat untuk dirosakkan ahklak mereka tetapi pelajar-pelajar IPTA dan IPTS seperti Budak yang berbogel di Dataran Merdeka ini. Kenapa agaknya mahasiswa dan mahasiswi yang menjadi sasaran? Apakah Anwar fikir kerana mereka-mereka ini lepas tamat pengajian dan lepas bekerja nanti sudah pasti akan menjadi seseorang yang berkedudukan tinggi, baik dalam swasta ataupun kerajaan kerana ijazah yang mereka perolehi? Sekiranya mereka ini mengikut budaya LGBT atau budaya Pakatan Rakyat si Anwar ini maka makin senang lah nanti Pakatan Rakyat dalam tempoh 10 tahun akan datang kerana mereka-mereka ini akan menjawat kedudukan di peringkat tertinggi kerajaan ataupun swasta "the so call young profesional" ini sealiran dengan LGBT dan budaya Pakatan Rakyat yang  rosak lagi merosakkan ini. DAP pula bertepuk dan ketawa riang kerana majoriti mereka yang dirosakkan akhlak mereka di IPTA dan IPTS ini adalah anak melayu. Maka anak melayu walaupun berijazah menjadi orang hebat dalah status masyarakat tetapi akhlak mereka sudah rosak. Moral mereka dah hancur. Maka walaupun anak bangsa Melayu berilmu tetapi tidak bermoral akhirnya akan menjadikan bangsa itu lemah dan tidak akan berjaya menjadi bangsa yang berjaya.

Namun begitu Alhamdullilah masih ramai anak muda yang kuat jati diri mereka seperti anak muda Gombak ini. Mereka lebih gemar mengadakan aktiviti sihat dan berfeadah daripada membuang masa dan menjadi alat kepada kepentingan pemimpin Pakatan Rakyat. Mereka masih lagi beradab dan menghormati sesama kita dan mengamalkan budaya sihat. Mereka menghabiskan masa lapang dengan bersukan khususnya sukan bolasepak. Cuma sayang di DUN Gombak Setia ini tiada padang awam yang boleh digunakan setiap petang untuk mereka beriadah. Terpaksa lah bermain jauh kadang-kadang sampai ke kepong untuk beriadah dan terpaksa menyewa. Namun itu bukan menjadi batu penghalang kepada mereka. Inilah yang dinamakan Jati Diri yang sejati. Biar kita tidak berpelajaran tinggi namun Jati diri anak Melayu tetap abadi tersemat di hati.

Dengan sokongan Penyelaras BN DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad yang sentiasa membantu dan menyokong aktiviti-aktiviti sihat yang akhirnya akan melahirkan budaya sihat dikalangan anak muda Gombak Setia sentiasa dirangka dan dilaksanakan baik Pemuda UMNO atau persatuan-persatuan belia. Maka sedikit sebanyak ianya dapat mengisi dan membina kejatian diri anak muda Gombak Setia ini. Dibawah VT salah satu program anjuran Penyelaras BN DUN Gombak Setia untuk anak-anak muda. Tahniah dan syabas kepada kepimpinan BN di Gombak Setia dan Anak-anak muda Gombak.

Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!