FOLLOW ME

JOM SAKSI KOLEKSI VIDEO GOMBAK!!! GEMPUR!!!

Loading...

Wednesday, 12 September 2012

VIDEO: PENYELARAS BN DUN GOMBAK SETIA KANTOI!!!


Kalau di Gombak terutama dalam DUN Gombak Setia, siapa yang tidak kenal dengan Said Anuar atau Abang Said. Dikalangan belia dan remaja di Gombak Setia ini Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad juga tidak asing lagi bagi mereka. Beliau ialah Penyelaras Pembangunan Pusat Barisan Nasional DUN Gombak Setia merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gombak. Namun begitu kita akui tiada seorang insan pun dimuka bumi ini yang "perfect" melainkan Nabi Muhammad S.A.W. Jadi harap-harap anak muda di DUN Gombak Setia ini boleh memaafkan Abang Said ini setelah melihat video yang MNK paparkan dibawah ini.


Bagi pihak Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad MNK mohon maaf yer sebab tak ajak korang makan-makan sambil santai-santai di Paparich Datuk Hj. Said Anuar  belanja beb...  Video diatas perjumpaan dan ramah mesra bersama Ketua-ketua Pemuda PDM Dun Gombak Setia.

Kan dah kantoi sebab tak ajak yang lain hanya Ketua Pemuda PDM Pemuda DUN Gombak Setia jer.

Tapi nak buat macam manakan mana boleh kalau setiap perjumpaan dan perbincangan nak jemput belia dan pemuda satu Gombak Setia ini.

Tetapi takpa rakan-rakan dan belia remaja yang lain kalau nak kena belanja makan atau nak santai-santai bersama Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad Penyelaras BN DUN Gombak Setia ini boleh lah datang ke open house beliau pada 15/09/2012 Sabtu nie dari jam 8.00 mlm hingga 11.00 mlm di Lot 1169, Dsasa Villa, Batu 9 Gombak, Jalan Gombak Lama. Kalau siapa tak arif, jalan nak gi Mimaland tu atau ke Genting Highland ikut jalan lama Gombak.

Jemputan ini  terbuka kepada belia dan remaja DUN Gombak Setia khususnya belia dan pemuda Kampung Tradisi yang mana tak berkesempatan menghadiri Rumah Terbuka BN DUN Gombak Setia tempoh hari. Jom kita meriah kan rumah terbuka Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad Penyelaras BN DUN Gombak Setia sabtu ini. Jumpa disana....disana...disana....


Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!